Aku Bakal Jenazah,
Yang bakal meninggalkan dunia,
Aku Bakal Jenazah,
Yang tidak tahu bilakah waktu itu,
Penghujung hayatku,
Pengakhir statusku sebagai bakal jenazah.
Sekiranya Aku Bakal Jenazah,
Sudah tentunya aku bakal meninggalkan dunia,
Tinggallah keluargaku,
saudara maraku,
sahabat taulanku,
serta kenalanku…yang amatku sayangi.
Dan sudah pasti,
Waktu itu statusku…pasti bergelar…Aku jenazah itu, Aku mayat itu…
Kain putih yang membaluti tubuhku….
Akulah mayat itu,jenazah itu…kaku…tiada lagi senyuman yang meniti bibirku,
Tiada lagi mata bundar,
Tiada lagi jari-jariku menggenggam erat jari permataku,
Ya Tuhan ,
Sekiranya akulah bakal jenazah itu,
Akulah yang bakal meninggalkan dunia fana ini,
Jangan Kau tinggalkan namaku di dunia fana ini,
Walaupun namaku membawa seribu makna.
Jangan Kau tinggalkan,
Jangan Kau tinggalkan namaku,
Kerana namaku yang mempunyai pelbagai makna itu,
Hakikatnya,
Tidak membawa apa-apa makna,
Setelah statusku bertukar sebagai jenazah.
Sebaliknya Ya Tuhanku,
Kau tinggalkanlah amalku yang membeli seribu,
Malah,
mungkin sejuta pahala,
Walaupun amalku,
Walaupun amalku,
Hanya secubit gula dan garam,
Hanya sebesar kuman dan bakteria.
Kau tinggalkanlah, Kau tinggalkanlah amalku bukan namaku…
No comments:
Post a Comment