Aku Bakal Jenazah,
Yang bakal meninggalkan dunia,
Aku Bakal Jenazah,
Yang tidak tahu bilakah waktu itu,
Penghujung hayatku,
Pengakhir statusku sebagai bakal jenazah.
Sekiranya Aku Bakal Jenazah,
Sudah tentunya aku bakal meninggalkan dunia,
Tinggallah keluargaku,
saudara maraku,
sahabat taulanku,
serta kenalanku…yang amatku sayangi.
Dan sudah pasti,
Waktu itu statusku…pasti bergelar…Aku jenazah itu, Aku mayat itu…
Kain putih yang membaluti tubuhku….
Akulah mayat itu,jenazah itu…kaku…tiada lagi senyuman yang meniti bibirku,
Tiada lagi mata bundar,
Tiada lagi jari-jariku menggenggam erat jari permataku,
Ya Tuhan ,
Sekiranya akulah bakal jenazah itu,
Akulah yang bakal meninggalkan dunia fana ini,
Jangan Kau tinggalkan namaku di dunia fana ini,
Walaupun namaku membawa seribu makna.
Jangan Kau tinggalkan,
Jangan Kau tinggalkan namaku,
Kerana namaku yang mempunyai pelbagai makna itu,
Hakikatnya,
Tidak membawa apa-apa makna,
Setelah statusku bertukar sebagai jenazah.
Sebaliknya Ya Tuhanku,
Kau tinggalkanlah amalku yang membeli seribu,
Malah,
mungkin sejuta pahala,
Walaupun amalku,
Walaupun amalku,
Hanya secubit gula dan garam,
Hanya sebesar kuman dan bakteria.
Kau tinggalkanlah, Kau tinggalkanlah amalku bukan namaku…
Jul 26, 2010
Jul 13, 2010
Menghargai Rejab,Sya'aban Sebelum Ramadhan
1 Sya'aban dah....
Pejam celik-pejam celik(nasib baik boleh celik lagi?alhamdulillah to Allah AlMighty).Masa berlalu dengan begitu dengan cepat sekali...
Macam-macam yang dilalui....Bila dah nak dekat Ramadhan,rasa perlukan "preparation".Nak yang terbaik time Ramadhan ni,tapi setelah baca blog ustaz hasrizal abdul jamil(saifulislam.com) ustaz ada kongsikan kata-kata yang mempunyai tafsiran yang begitu bermakna buat diri kita iaitu: "menghargai sebuah kehidupan."
Dengan tafsiran yang bermakna itu,ia mengaitkan dengan :"misiku" untuk Ramadhan ini...
At long last , terasa ada lagi pelengkap ungkapan "nak yang terbaik time Ramadhan" yang bagaikan untuk menyempurnakan yang kurang sempurna...
fikir-fikir,renung....rupanya dapat satu ungkapan untuk diri ini dan untuk dikongsikan dengan teman-teman yang dirahmati Allah sekalian: terungkaplah satu ungkapan(alhamdulillah,terungkap juga walaupun tergagap gagap=)....ungkapannya berbunyi sama macam tajuk first article di blog saya ni iaitu:Menghargai Rejab dan Sya'aban sebelum hadirnya Ramadhan..sebab apa kita kena menghargai Rejab dan Sya'aban dulu? (BULAN-BULAN SEBELUM NI JUGA...)
Sebabnya ajal & maut itu kan di tangan Allah.Ya Allah, walaupun berakhir sudah Rejab,Engkau beri juga jawapan yang tepat...Moga kualiti Ramadhan itu terzahir sebelum Ramadhan kerana saat ajal itu sememangnya milikmu...Allahuakbar.
Bila dah nak Ramadhan juga...Siapa tak nak sambut Ramadhan kat rumah?Semua nak kan?termasuk saya yang menulis ni=)
(Ya Allah sekiranya terbaik untukku pulang ke desa terchenta Ramadhan ini,Kau permudahkanlah Ya Rabb.ameen3.ramadhan kali ini tanpa imam utama di rumah(ayahanda ishak b. satar) yang sangat ku sayangi,namun takkan ku biarkan ia hambar=)
p/s: Hari ni ada lg kematian yang berhampiran dengan rumah saya.Allah.Al-Fatihah untuk jiranku yang kembali ke
"negeri abadi".Allahumma' firlahu warhamhu wa'afihi wa'fu 'an hu.Allah...

Subscribe to:
Posts (Atom)